Home Berita Post View

Perintah Pengusiran Di Jaffa

Mar 09, 2022 01:55 pm
يافا.jpg

 

Syarikat Amidar yang bergabung dengan kerajaan Israel mengeluarkan arahan pengusiran serta-merta ke atas 8 buah keluarga Palestin di Kota Jaffa yang dijajah.

Perintah pengusiran ini dikeluarkan selepas Amidar mengikat perjanjian yang melibatkan penjualan 3 buah hartanah di Jaffa melalui lelongan. Seorang ahli Jawatankuasa Rakyat di Kota Jaffa, Omar Siksik berkata, warga tempatan akan tetap pertahankan rumah dan tanah mereka. Warga tempatan bersedia untuk menentang pasukan pengganas Israel bagi menghalang operasi rampasan tersebut dijalankan.

Warga tempatan menuntut penyelesaian radikal bagi isu penempatan yang dimanfaatkan oleh Israel untuk mengusir mereka dari rumah yang didiami semenjak 70 tahun yang lalu di bawah klausa “Penyewa yang dibela”.

Selepas Hari Peringatan Nakba, Amidar telah menjalankan operasi rampasan ke atas sejumlah besar buah rumah yang tidak berpenghuni di Jaffa. Mereka menyewakan rumah-rumah tersebut kepada warga Palestin lain dengan syarat mereka adalah golongan penyewa yang dibela.

Related