Seorang pemuda, syahid akibat luka yang dialami di Nablus, dan jenazah seorang remaja, dikebumikan di bandar Abu Dis, Al-Quds.
Pemuda yang syahid tersebut, Ahmad Saif (23 tahun) cedera akibat ditembak 3 das tembakan di badan dan belakangnya pada 1 Mac lalu. Kejadian tersebut berikutan tentera Israel menyekat demonstrasi sokongan terhadap tahanan di bandar Burqa. Sebelumnya, beliau dilaporkan dalam keadaan parah dan hari ini beliau dikhabarkan syahid.
Di bandar Abu Dis yang terletak di Al-Quds, berpuluh penduduk Palestin mengiringi pengebumian Yamin Jaffal (16 tahun) yang syahid selepas jasadnya diterima setelah ditahan oleh tentera Israel.
Yamin Jaffal syahid ditembak tentera Israel semasa pertempuran di bandar tersebut. Tentera Israel menyerbu dan melepaskan tembakan ke arah penduduk yang membawa kepada kecederaan remaja tersebut. Mereka menghalang ambulans untuk sampai kepadanya dan menyebabkannya syahid di tempat pertempuran.

