Pasukan pengganas Israel menyerahkan jenazah seorang pemuda, Omar Abu Assab yang berusia 16 tahun dari Kota Isawiya.
Berpuluh-puluh penduduk Kota Al-Quds mengiringi jenazah beliau dan mengebumikan jenazahnya pada tengah malam. Hal ini kerana pasukan pengganas Israel telah mengenakan syarat tersebut. Syarat lain yang dikenakan adalah jumlah orang yang berkabung tidak boleh melebihi 21 orang.
Abu Assab telah syahid selepas melakukan tikaman di Kota Lama, Al-Quds yang dijajah. Kejadian ini mengakibatkan kecederaan 2 orang daripada pasukan pengganas Israel pada November lalu.

