Sekurang-kurangnya 3 orang cedera ditembak pengganas Israel semasa pertempuran di Kota Silat Al-Harithiya, Jenin yang terletak di Tebing Barat.
Pencerobohan pengganas Israel ke atas Kota Silat Al-Harithiya telah membawa kepada pertempuran antara pengganas Israel dan para pemuda Palestin. Pengganas Israel telah melepaskan tembakan ke arah para pemuda. Mereka melemparkan bom api ke arah kenderaan pengganas Israel. Terdapat berita berkenaan operasi penentangan yang mensasarkan pengganas Israel di kota tersebut. Dua orang pengganas Israel telah mengalami kecederaan ringan. Operasi yang berlaku ini tidak dapat dipastikan sama ada dirancang atau hanya satu kebetulan.
Pengganas Israel melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan yang memanjat bumbung sebuah rumah untuk merekodkan kejadian keruntuhan rumah.

