Pasukan Keselamatan Palestin membubarkan pertubuhan Kristian, Beit Al-Liqa’ di Beit Jala, Tebing Barat yang dijajah. Pihak berkuasa membuka kertas siasatan terhadap undangan bekas ahli Knesset yang merupakan seorang pendeta Yahudi yang ekstrim, Yehudah Glick.
Dalam satu kenyataan, pertubuhan itu menyatakan bahawa beliau tidak menyedari kedatangan Yahudeh Glick di majlis mereka.
Glick merupakan ketua di sebalik serbuan Israel ke atas Al-Aqsa di Al-Quds. Beliau sering kali melancarkan serbuan ke atas Al-Aqsa.
Gambar lawatan Glick ke majlis pertubuhan itu telah mencetuskan kemarahan penduduk Palestin. Para aktivis Palestin menularkan gambar-gambar itu di media sosial dan menggesa pihak Pertubuhan Beit Al-Liqa’ agar mereka bertanggungjawab atas perkara itu. Perbuatan itu juga telah menerima kecaman dari pihak Jawatankuasa Presiden Hal Ehwal Gereja.
Di Jenin, pertempuran ganas yang melibatkan senjata telah tercetus antara pasukan pengganas Israel dan pasukan pejuang Palestin. 4 orang pemuda telah ditangkap.

