Seorang pemuda telah mengalami kecederaan akibat ditembak oleh pasukan pengganas Israel semasa pertempuran di kota Nablus berlangsung. Kejadian ini bertepatan dengan kempen penangkapan besar-besaran di kota itu dan Jenin.
Pasukan pengganas Israel telah menyerbu beberapa bandar dan perkampungan di kota Nablus. Beberapa penduduk tempatan telah ditangkap. Mangsa tangkapan termasuklah tahanan yang berjaya membebaskan diri dari penjara. Keadaan ini telah mencetuskan pertempuran antara pasukan tentera Israel dan para pejuang Palestin. Seorang pejuang telah ditembak dengan peluru hidup. Sekumpulan pejuang Palestin berhadapan dengan pasukan pengganas Israel dan tembakan telah dilepaskan ke atas mereka.

