Seorang wartawan cedera ditembak dengan menggunakan peluru besi dan beberapa yang lain sesak nafas semasa pertempuran dengan pengganas Israel di Bab Al-Zawiya, tengah bandar Hebron yang terletak di selatan Tebing Barat. Kejadian berlaku berikutan demonstrasi sokongan buat tahanan yang berada di penjara Israel.
Beberapa orang pemuda mengalami sesak nafas semasa pertempuran meletus di Beit Amir, utara Hebron.
Di Nablus, seorang pemuda tercedera ditembak peluru hidup di perut dan belakang badan selepas pengganas Israel secara mengejut menembak sekumpulan pemuda di bandar Barqa. Pemuda tersebut dalam keadaan kritikal.

