Home Berita Post View

Penangkapan Dua Orang Warga Palestin

Mar 01, 2022 12:06 pm
اعتقالات.jpg

 

Pasukan tentera Israel telah melancarkan kempen penangkapan semasa operasi pencerobohan di kawasan yang berasingan di Tebing Barat. Mangsa termasuklah seorang pembantu kepada ahli parlimen dari HAMAS dan seorang tahanan yang berjaya bebas dari penjara.

Di Jenin, pasukan tentera Israel telah menangkap seorang tahanan yang berjaya bebas dari penjara, Imad Abu Al-Heija yang merupakan anak kepada seorang tahanan, Jamal Abu Al-Heija. Seorang tahanan wanita, Yasmin Syu’ban juga telah ditangkap. Kedua-duanya merupakan pembantu kepada Muhammad Al-Tal, ahli parlimen dari HAMAS dan 3 tahanan lain.

Di kota Ni’lin, barat Ramallah, 6 orang tahanan yang berjaya bebas dari penjara telah ditangkap oleh pasukan tentera Israel dan mereka dibebaskan selepas penyiasatan dilakukan ke atas mereka semua dan seorang pemuda di Nablus telah ditangkap.

Related