Pasukan pengganas Israel menangkap beberapa orang pemuda dari kawasan yang berbeza di Tebing Barat yang dijajah.
Sumber tempatan melaporkan, pasukan khas pengganas Israel menyusup masuk ke kawasan Wadi At-Tuffah, barat Nablus dengan kenderaan awam dan menangkap seorang penduduk tempatan, Sameh Al-Ashqar selepas menghancurkan rumahnya. Pasukan pengganas Israel juga menangkap 2 orang pemuda di Nablus yang merupakan seorang tahanan yang telah bebas dan seorang lagi adalah seorang aktivis, termasuk 2 lagi orang pemuda di Bethlehem.
Penangkapan pemuda-pemuda di kawasan Hebron, Tulkarm, Jenin dan Al-Quds yang dijajah semakin berleluasa.

