Home Berita Post View

Seorang Tahanan Mengalami Gangguan Mental

Feb 24, 2022 12:01 pm

Keluarga seorang tahanan, Ahmad Manasrah, berumur 20 tahun yang tinggal di Al-Quds, mendedahkan bahawa Ahmad telah ditangkap seawal usia 13 tahun selepas disabitkan kesalahan menikam seseorang pada tahun 2015. Mereka berkata, beliau telah mengalami gangguan mental.

Keluarganya melaporkan, keadaan psikologinya semakin teruk semenjak berpisah dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Keadaan ini menjelaskan bahawa dia mengalami penyeksaan fizikal dan mental sepanjang berada di penjara. Dia dipukul teruk sehingga mengakibatkan keretakan di tengkoraknya dan darah beku di otaknya. Pegawai siasatan telah mengadakan sesi soal jawab yang sangat lama menyebabkan dia tidak dapat rehat dan tidur yang cukup. Kini, dia mengalami sakit kepala yang teruk serta penyakit kronik. Pentadbiran penjara Israel melucutkan kebenaran lawatan ke atas keluarga Manasreh. Mereka menghalang Manasreh bergaul dengan tahanan lain serta mengharamkan sebarang rawatan ke atasnya, bahkan memberinya ubat-ubat yang memburukkan lagi kesihatan mentalnya.

 

Related