Home Berita Post View

Lapan Rumah Roboh di Hebron

Feb 24, 2022 12:01 pm

 

Tindakan  pengganas  Israel merobohkan lapan rumah di Masafer Yatta, selatan Hebron yang terletak di Tebing Barat dengan alasan tidak mempunyai kebenaran.

Penyelaras Jawatankuasa Perlindungan dan Ketahanan di Masafer Yatta, Fuad Al-Amour berkata bahawa tindakan pengganas Israel menyerbu Masafer Yatta dengan merobohkan empat buah rumah milik keluarga Jabareen serta empat buah rumah milik keluarga Abu Qubaita yang menempatkan 30 orang. Beliau menambah bahawa dasar perobohan bertujuan untuk mengusir rakyat secara paksa.

Related