Mahkamah negara Israel memutuskan sekatan ke atas pengusiran keluarga Salem dari rumah mereka di Sheikh Jarrah, Al-Quds yang dijajah.
Akhbar Israel, Hareetz melaporkan, mahkamah negara menangguhkan pengusiran ke atas keluarga itu sehingga keputusan baharu dikeluarkan bersama-sama bayaran yang dikenakan kepada keluarga Salem sebanyak 25,000 shekel. Pengusiran yang berlaku menjadi salah satu faktor utama ketegangan yang berlaku di kawasan Sheikh Jarrah sebelum ini.
Pihak keluarga dan aktivis kemanusiaan bergembira di atas keputusan tersebut selepas 10 hari bersolidariti terhadap pengusiran yang dilakukan. Sebelum itu, pengusiran tersebut mencetuskan pertempuran antara pihak penentang dan pasukan pengganas Israel.

