Home Berita Post View

Serangan Ke Atas Penduduk Sheikh Jarrah

Feb 22, 2022 11:48 am

Pasukan pengganas Israel menyerang aktivis kemanusiaan dan penduduk di Sheikh Jarrah, Al-Quds.

Sumber akhbar Al-Quds melaporkan, pasukan pengganas Israel melakukan serangan ke atas aktivis kemanusiaan dan penduduk di sekitar rumah keluarga Salem yang diancam pengusiran. Beberapa penduduk dan aktivis kemanusiaan telah cedera sehingga mengalami lebam dan patah tulang, mangsa termasuk seorang budak lelaki OKU.

Keadaan yang berlaku di kawasan kejiranan masih tegang selama sembilan hari berturut-turut. Kejadian ini berlaku selepas seorang anggota pertubuhan kerajaan Israel, Itamer bin Ghafir membuka pejabat menimbulkan provokasi di kawasan tersebut.


 

Related