Pemilik-pemilik rumah dan kedai di bandar Tira, pedalaman Palestin yang dijajah pada tahun 1986, menerima arahan bahawa sebarang aktiviti perobohan telah disekat.
40 buah rumah telah diancam untuk dirobohkan, dengan alasan pembinaan yang dilakukan tanpa kebenaran, walaupun mahkamah negara Israel telah memutuskan untuk menyekat arahan perobohan itu.
Timbalan Datuk Bandar Tira, Sameh Eraqi berkata, keputusan perobohan adalah agenda politik semata-mata. Ia bertujuan untuk membalas dendam terhadap rakyat Palestin di bandar itu dan majlis perbandaran telah membuat rayuan terhadap keputusan perobohan itu.

