Tentera Israel melancarkan serbuan di kawasan berbeza di Tebing Barat dan beberapa rakyat telah ditahan.
Di Ramallah, tentera Israel menahan 9 orang pemuda termasuk tahanan yang dibebaskan selepas serbuan dan pencarian besar-besaran di kem Jalazone mengakibatkan pertempuran ganas tercetus. Tentera Israel memukul dan melepaskan tembakan dan gas beracun ke arah penduduk.
Di bandar Nablus, warga Israel berhimpun di pintu masuk perkampungan Luban e-Sharkiya. Mereka menghalang laluan pelajar sekolah pada hari kedua dengan bantuan tentera Israel yang menyebabkan pertempuran di perkampungan tersebut. Beberapa warganegara Palestin juga telah mengalami kecederaan.

