Menteri Alam Sekitar Israel merancang untuk memperluas kawasan yang dikenali sebagai “Taman Negara” yang melibatkan tanah biara kristian yang terletak di timur Bukit At-Tur, Jerusalem yang dijajah.
Melalui projek itu, pihak berkuasa kementerian alam sekitar berusaha untuk merampas kawasan yang luas di tanah gereja Kristian Timur. Mereka mendakwa bahawa projek ini tidak akan menjejaskan harta benda gereja yang dikumpul di Taman Negara.
Kumpulan kemanusiaan mengesahkan bahawa rancangan tersebut ialah sebahagian daripada strategi nasional bagi mengepung Kota Lama, Jerusalem dengan mengawal kawasan yang bersebelahan dengan Jerusalem Timur.

