Home Berita Post View

Tentera Israel Melancarkan Kempen Penangkapan Besar-besaran di Tebing Barat

Feb 21, 2022 11:49 am

 

Tentera Israel melancarkan kempen penangkapan besar-besaran di Tebing Barat, Baitul Maqdis dan menyasarkan 26 orang penduduk.

Pejabat Penerangan Banduan berkata bahawa tentera Israel melakukan serbuan di bandar Deir Abu Mash’al, barat Ramallah dan menangkap seorang pemuda. 

Mereka juga menahan beberapa orang pemuda berjam-jam sebelum mereka dibebaskan. Di Silwad, tentera menangkap 3 orang penduduk, di Jenin 7 penduduk, seorang daripadanya buta. Di Hebron, tentera menangkap 4 orang dan seorang daripadanya tahanan bebas manakala di Baitul Maqdis menangkap 10 orang.

Related