PBB menuntut tentera Israel agar mereka menghentikan dasar perobohan dan pengusiran rumah penduduk Palestin di kawasan Tebing Barat termasuk Baitul Maqdis dan kejiranan Sheikh Jarrah.
Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stéphane Dujarric berkata dalam sidang akhbar di ibu pejabat Pertubuhan Antarabangsa di New York, bahawa mereka mengikuti berita semasa di kejiranan Sheikh Jarrah. Tambah beliau, keadaan dan situasi yang berlaku di Baitul Maqdis kini tidak patut diburukkan lagi dan tentera Israel harus menghentikan dasar-dasar perobohan dan pengusiran rumah penduduk Palestin di kejiranan Sheikh Jarrah dan lain-lain kawasan di Tebing Barat.

