Beberapa orang penduduk terkena peluru logam dan sesak nafas semasa pertempuran dengan tentera Israel dalam pertempuran yang berlaku di Tebing Barat.
Sumber tempatan berkata bahawa pertempuran telah meletus di perkampungan Nabi Saleh, Ramallah selepas pengebumian as-syahidah Nihad Barghouti yang ditembak oleh tentera Israel. Tentera Israel telah melepaskan peluru logam dan gas beracun ke arah penduduk dan mencederakan sebilangan daripada mereka.
Tiga pemuda ditembak semasa pertempuran ganas antara penduduk dan tentera Israel yang telah menyerbu bandar Jenin serta menahan dua orang daripada mereka. Pertempuran bersenjata juga berlaku di bandar Nablus di mana seorang pemuda telah ditahan sebelum pengunduran tentera Israel dari bandar itu.

