Home Berita Post View

Tentera Israel Memperbaharui Serangan Ke Atas Sheikh Jarrah

Feb 16, 2022 11:19 am

Tentera Israel memperbaharui serangan ke atas penduduk kejiranan Sheikh Jarrah dan para aktivis yang ingin menunjukkan solidariti kepada keluarga Salim yang telah diusir dari rumah mereka. Mereka menggunakan pelbagai cara untuk menghalang para aktivis dari datang ke kawasan tersebut. 

Pasukan tentera Israel membuat kepungan ketat ke atas warga penduduk dan aktivitis bagi menghalang mereka keluar dari rumah mereka. Tentera Israel juga memusnahkan tempat duduk yang digunakan di sekitar rumah keluarga Salim. Seorang aktivis, Muhammad Abu Hamas telah diserang dan dilempar ke tanah menggunakan tongkat. Semua orang di situ tidak dibenarkan masuk campur.

 

 

Related