Seorang pemuda, Nihad Tamimi telah syahid ditembak oleh tentera Israel di perkampungan Nabi Saleh, Ramallah di kawasan Tebing Barat yang ditakluk.
Aktivis kemanusiaan, Bilal Tamimi berkata bahawa tentera Israel menembak secara tepat ke arah pemuda itu semasa pertempuran berlaku di kawasan itu yang menyebabkan kematiannya. Ini jelas menggambarkan bahawa tentera Israel secara tiba-tiba menyasarkan pemuda itu sehingga menyebabkan kematian.

