Pertempuran telah berlaku antara rakyat dan pasukan tentera Israel di kejiranan Sheikh Jarrah, Baitulmaqdis dan di bandar Hebron di Tebing Barat.
Sumber tempatan melaporkan bahawa tentera Israel menyerbu kejiranan Sheikh Jarrah dan menyerang penduduk dan penyokong mereka dengan kejam menggunakan baton dan penyembur gas pemedih mata ke arah mereka. 4 orang awam dan seorang wartawan telah cedera. Mereka turut menangkap dua pemuda dan seorang budak lelaki di kawasan kejiranan itu selepas teruk dipukul.
Di kota Hebron, pasukan tentera Israel menangkap dua orang kanak-kanak dan seorang lelaki di rumah mereka. Mereka juga telah mencederakan seorang pemuda semasa penangkapan itu berlaku.

