Perdana Menteri Israel, Naftali Bennet membuat lawatan rasmi pertama ke Manama, ibu negara Bahrain hari ini.
Bennet akan berjumpa dengan Raja Bahrain, Hamad bin Isa Al-Khalifa dan Perdana Menteri Bahrain, Salman bin Hamad Al Khalifa. Pertemuan itu akan membincangkan kepentingan keselamatan dan perkembangan negara serta membangkitkan isu-isu politik dan ekonomi bertujuan untuk fokus kepada teknologi dan penciptaan.
Akhbar Israel, Haaretz melaporkan bahawa tentera Israel memanfaatkan surat yang dikirim kepada Iran tentang kerjasama serantau yang baru di samping menguatkan Pakatan Israel di kawasan sekitar.
Lawatan Bennet pada September 2020 yang lalu bertujuan untuk menandatangani perjanjian antara dua negara bagi menjamin kelangsungan Abraham Accord.

