Home Berita Post View

Gantz dan Abbas bertemu di Ramallah

Aug 30, 2021 10:25 am

 

Hussein Al-Sheikh, ahli Jawatankuasa Pusat Kerajaan Fatah mengatakan dalam satu tweet di akaun Twitternya bahawa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bertemu dengan Menteri Tentera Penjajah Israel, Benny Gantz di Ramallah di Tebing Barat yang diduduki.

Al-Sheikh tidak mendedahkan perinciannya, kecuali mengatakan bahawa "pertemuan itu membincangkan hubungan Palestin-Israel dalam semua aspek."

Manakala pejabat menteri tentera Israel melaporkan bahawa pertemuan itu membincangkan isu-isu keselamatan, politik, sivil dan ekonomi antara kedua-dua belah pihak, sambil menambah bahawa Gantz memberitahu Presiden Abbas bahawa pihak penjajah bersedia untuk satu siri langkah bagi memperkuat ekonomi Kerajaan Palestin di Tebing Barat.

Related