Home Berita Post View

Pemuda Menjadikan Kenderaan Peneroka Sebagai Sasaran di Azzun

Aug 29, 2021 10:45 am

Para pemuda Palestin mensasarkan kenderaan peneroka haram dengan “Molotov cocktails” dan batu berdekatan Bandar Azzun, timur Qalqilya, tebing barat. Sumber tempatan mengatakan bahawa pasukan penjajah mengerahkan tenteranya berada di pintu masuk ke Bandar itu dan mula mencari mereka yang melemparkan “Molotov cocktail” dan batu-bata.

Penjajah Israel terus menerus menakluki dan menghukum rakyat Palestin di Bandar Azzun di mana jumlah penempatan haram “memakan” hampir separuh daripada kawasan kejiranan tersebut kira-kira 25,000 ekar disertai dengan tentera Israel yang mengepung dan menghalang laluan utama ke kawasan kejiranan tersebut.

Related