Home Berita Post View

Peneroka Haram Terus Menceroboh Tanah Salfit.

Aug 29, 2021 10:40 am

Ketua Majlis Desa Hares, Omar Samara, menyatakan bahawa jentolak peneroka dengan dilindungi oleh tentera penjajah Israel terus meratakan tanah pertanian dan penternakan milik penduduk Desa Hares, Salfit di Tebing Barat untuk memperluaskan beberapa kawasan penempatan haram.

Penjajah itu menjadikan desa Haris sebagai sasaran melalui tipu daya dan mencabut pokok-pokok zaitun termasuk pemberitahuan mengenai pengusiran tanah dengan alasan "mengubah ciri-cirinya.”

Salfit merupakan wilayah pentadbiran kedua selepas Baitulmaqdis yang menjadi sasaran penempatan haram dengan tujuan memisahkan utara Tebing Barat daripada selatan Tebing Barat serta mengawal air bawah tanah di wilayah pentadbiran itu. Wilayah pentadbiran Salfit menderita dengan jumlah penempatan haram yang tinggi dan kawasan industri yang dibina di tanah mereka di mana jumlah peneroka haram yang mendiami wilayah tersebut semakin bertambah dan melebihi jumlah penduduk asal kampung dan bandar Salfit. Peneroka haram itu turut mencemarkan persekitaran, memusnahkan dan mencuri tanah pertanian.

Related