Home Berita Post View

Kecederaan Semasa Aktiviti "Kekacauan Malam" Di Timur Gaza

Aug 29, 2021 10:30 am

Kementerian Kesihatan di Gaza mengumumkan bahawa 11 orang awam cedera, termasuk 3 cedera ringan terkena peluru hidup manakala 8 lagi cedera ringan terkena peluru logam, gas pemedih mata dan pelbagai peluru semasa aktiviti kekacauan malam di timur Gaza.

Sekumpulan pemuda menganjurkan aktiviti "kekacauan malam" untuk menolak perlanjutan pengepungan Israel selama 15 tahun.

"Unit Kekacauan Malam" mengatakan dalam sidang media bahawa pihaknya telah memberi cukup masa kepada pihak gerakan dan pengantara untuk melakukan usaha bagi menghapuskan pengepungan di Gaza, tetapi penjajah itu kerap melakukan penundaan yang akhirnya menyebabkan kesabaran rakyat Gaza tamat. Oleh itu, mereka memutuskan untuk tidak terus bertenang jika penjajah tidak menghapuskan pengepungan terhadap Gaza.

Related