Gaza : Dekat kepada Ketenangan atau Ketegangan?

Aug 26, 2021 12:10 pm

Ketegangan di lapangan dapat dilihat semakin meningkat sejak beberapa hari kebelakangan ini. Gerakan penentangan telah memberi had masa tertentu kepada pihak penjajah untuk mereka menarik semula tindakan hukuman terhadap sempadan Gaza, tetapi sejak masa yang diberikan telah berakhir dan penjajah gagal memulihkan keadaan seperti keadaan 10 Mei sebelumnya, gerakan-gerakan itu kembali menggunakan kaedah kasar bagi memberi tekanan kepada penjajah.

Sebagai tambahan, hari Sabtu yang lalu, gerakan Palestin telah mengadakan demonstrasi umum di sepanjang pagar timur sempadan Gaza untuk memperingati ulang tahun ke-52 pembakaran Masjid Al-Aqsa. Seperti yang dijangkakan, penembak tepat penjajah melepaskan tembakan terhadap lebih 40 orang awam Palestin, yang cedera berada di dalam keadaan kritikal. Walau bagaimanapun, pemandangan yang paling dramatik adalah ketika seorang pejuang Palestin menembak penembak tepat penjajah dari jarak dekat menyebabkan penembak tepat itu cedera parah.

Tentera penjajah menjadi liar setelah terdapat tentera mereka yang cedera dan mereka menyerang beberapa tempat di Semenanjung Gaza. Pada masa yang sama, Mesir menyatakan penutupan sempadan Rafah sebagai langkah hukuman yang lain. Gerakan Palestin dengan cepat bertindak balas dan menguatkan pertahanan dengan penggunaaan kaedah kasar melawan penjajah serta peneroka haram yang berada disekitar kawasan sempadan. Mereka melepaskan belon yang terbakar dan meletup sebagai tindak balas kepada pengeboman yang penuh dendam di sempadan Gaza oleh penjajah.

Situasi Dalaman:

Penjajahan itu berterusan mencuri dan belum mengangkat pengepungan yang dikenakan di sempadan Gaza. Nampaknya ada kerjasama antara penjajahan dan orang-orang Mesir di sekitarnya yang menghukum dan memberi tekanan kepada gerakan.

  • Penjajah sepertinya tidak inginkan ketegangan dengan Gaza ketika tekanan terhadap gerakan dan penyokongnya yang popular terus berlanjutan. Tentera penjajah berada dalam ketakutan untuk melepaskan tembakan terhadap gerakan Gaza pada saat ketegangan wujud dengan gerakan lain.
  • Penjajah ingin menunjukkan dirinya tidak terlibat perselisihan dengan Gaza dan sempadannya daripada dan kepada Gaza adalah terbuka, seiring dengan peningkatan barang yang diangkut. Ia juga beusaha untuk memisahkan kerjanya daripada penutupan sempadan Rafah oleh pihak Mesir.
  • Gerakan menegaskan untuk memberi lebih tekanan kepada pihak penjajah dengan memperluaskan gerakan kerja popular dan pengangaktifan kaedah kasar di sepanjang pagar sempadan. Gerakan akan melaksanakan acara baru pada hari Rabu waktu tengah hari di sepanjang pagar timur Khan Yunus. Acara ini berkemungkinan meledakkan ketegangan antara sempadan Gaza dan tentera penjajah.
  • Penjajah telah bekerja keras untuk tidak mengarah kepada konfrontasi baru selepas pertarungan terakhir iaitu Pedang Al-Quds, terutamanya disebabkan oleh kerugian semangat rohani, politik dan sosial yang ditanggungnya. Ancaman turut meningkat di utara dengan Hezbollah dan keadaan serantau dengan Iran dan Afghanistan juga tidak stabil.

Senario Yang Bakal Terjadi :

1 – Penglibatan terkawal antara gerakan Palestin dan penjajah berterusan tanpa memasuki operasi ketenteraan yang mendorong tindak balas ganas atau konfrontasi berskala besar. Senario ini disokong oleh sikap penghentian penjajah dan kurangnya keinginan untuk mengurangkan keparahan pengepungan, bersama dengan penglibatan dengan Mesir dan pihak kerajaan Palestin dalam memberi tekanan di sempadan Gaza.

2 – Gerakan memberi lebih tekanan terhadap penjajah melalui kerja ketenteraan berskala besar termasuk melepaskan roket yang akan memberi akibat konfrontasi. Fakta bahawa penutupan sempadan telah berlanjutan dan penjajah menentukan untuk tidak membuat sebarang kemudahan atau penyerahan adalah faktor penyokong situasi ini.

Secara amnya, semua senario adalah berkemungkinan berlaku, sama ada penglibatan yang terkawal atau tidak terkawal. Namun, pihak gerakan dan penjajah akan melambatkan serta menangguhkan konfrontasi selama yang mungkin. Oleh itu, acara bergantung pada pihak mana yang membuat gerakan pertama terlebih dahulu.

Related