Home Berita Post View

Mansour : Meletakkan Tanggungjawab Sepenuhnya Terhadap Penjajah adalah Cara Meletakkan Titik Penamat Terhadap Kekejaman Penjajah

Aug 25, 2021 10:42 pm
Wakil Negara Palestin ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Riyad Mansour meminta masyarakat antarabangsa untuk memberikan perlindungan antarabangsa kepada rakyat Palestin sesuai dengan undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Geneva Keempat dan perlunya penjajah Israel memikul tanggungjawab sebagai satu-satunya cara untuk melatakkan penamat ke atas semua kekejaman serius yang mereka lakukan.
Ini didatangkan dalam tiga mesej yang sama yang dihantar oleh Mansour kepada Setiausaha Jeneral Bangsa-Bangsa Bersatu, Presiden Majlis Umum dan Presiden Majlis Keselamatan untuk bulan ini iaitu "India", di mana beliau menjelaskan situasi keselamatan kritikal yang yang dilalui oleh rakyat Palestin di Semenanjung Gaza kerana serangan Israel yang berulang kali serta keadaan kemanusiaan, sosial dan ekonomi yang semakin merosot di Gaza.
Mansour juga menyebut dalam mesejnya bahawa penjajah Israel itu menggunakan kuasa yang berlebihan dan tanpa diskriminasi menyerang orang awam Palestin di Gaza yang berkumpul berdekatan pagar, menyebabkan 41 orang awam cedera termasuk 22 orang kanak-kanak, salah satunya ditembak di kepala dan juga melancarkan serangan udara tentera di kawasan di sempadan Gaza, beliau juga menambah ini bukan pertama kalinya penjajah itu melanggar gencatan senjata yang telah dipersetujui bersama, malah menghalang usaha membina semula Gaza serta terus mengenakan pengepungan dan sekatan terhadap bahan-bahan binaan serta bantuan kemanusiaan untuk dihantar ke Gaza.

 
Mansour memberi peringatan bahaya yang ditimbulkan oleh kekejaman pertempuran akibat dari polisi Israel di Gaza dan seluruh Palestin yang dijajah termasuk Baitulmaqdis. 

Related