Laman web Walla Israel melaporkan bahawa tentera penjajah Israel memutuskan untuk melakukan siri rangkaian pembaikan di sempadan Gaza termasuk menutup tingkap di mana terdapat tentera Israel yang cedera semasa konfrontasi di sempadan Gaza.
Pegawai Komando dalam tentera Israel menyatakan bahawa tingkap di mana askar itu terkena tembakan adalah titik lemah dan tidak beroperasi dengan baik dengan kecacatan kejuruteraan dalam reka bentuk tembok perbatasan di mana alat letupan, bom tangan dan tembakan penembak tepat dapat dilemparkan.
Tentera Israel juga dijadualkan melakukan siri rangkaian pembaikan di tembok tersebut bagi mencegah para pelaku demonstrasi dengan mudah mencapainya dan tentera Israel turut memutuskan untuk memperketatkan lagi prosedur menembak sekiranya para pelaku demonstrasi mendekati tembok pemisah itu.