Home Berita Post View

Kematian Seorang Pemuda di Gaza dan Yang Lain Cedera di Tebing Barat

Aug 25, 2021 10:38 pm
Seorang pemuda, Osama Khaled Deaih, berusia 20-an meninggal dunia akibat luka yang dialaminya selepas diserang oleh pasukan penjajah Israel, semasa beliau menyertai perarakan yang diatur di sempadan timur Bandar Gaza untuk memperingati hari pembakaran Masjid Al-Aqsa.
Beliau menjalani pembedahan dalam usaha menyelamatkan nyawanya namun keadaannya tetap kritikal sehingga kematiannya diumumkan hari ini.
Manakala seorang lagi pemuda Palestin ditembak oleh tentera penjajah Israel kerana didakwa kerana melemparkan senjata berbentuk “Molotov cocktails” ke kenderaan peneroka  Yahudi di kem Al-Aroub, utara Hebron di Tebing Barat.

Related