Home Berita Post View

Tentera Israel Merampas Tanah Seluas 68 Ekar di Tebing Barat

Aug 25, 2021 10:32 pm
Akhbar Israel, Haaretz, melaporkan bahawa Pentadbiran Awam dalam pentadbiran Israel mempunyai rancangan untuk menyetujui penyitaan 68 ekar tanah rakyat Palestin di wilayah Qalqilya di Tebing Barat.
Pentadbiran Awam Israel itu juga menambah bahawa penyitaan tanah dilakukan untuk memperluaskan lagi bahagian jalan yang menghubungkan penempatan "Kfar Saba" dengan penempatan lain dan mempunyai rencana untuk memperluaskan lagi penempatan yang berdekatan dengan jalan ini, selain membangunkan sebanyak 5650 unit penempatan haram, sementara dalam masa yang sama 35 rakyat Palestin membantah perluasan jalan di mana tanah milik mereka diancam akan disita.
Akhbar itu menegaskan bahawa ini berlaku sehari sebelum pertemuan Naftali Bennett dengan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden di Rumah Putih pada hari Khamis.

 

Related