Dalam sidang media, Kelab Tahanan Palestin mengatakan bahawa tahanan Zidat menghentikan mogok lapar selama 43 hari setelah mencapai persetujuan dengan pihak pengurusan penjara Israel untuk membebaskannya pada November 2021.
Zidat (40 tahun) dipenjarakan kerana memasuki Palestin untuk bekerja tanpa izin Israel. Beliau sudah berkahwin dan merupakan ayah kepada 5 orang cahaya mata. Beliau melancarkan mogok lapar untuk menolak hukuman penjara tanpa perbicaraan yang dijatuhkan ke atas beliau. 8 lagi tahanan Palestin masih meneruskan mogok lapar di penjara Israel atas sebab yang sama.