Home Berita Post View

Peneroka Haram Mendirikan Kediaman dan Membakar Pokok di Tebing Barat

Aug 24, 2021 10:30 am
Datuk Bandar Deir Istiya, Sae’ed Zaidan mangatakan bahawa peneroka haram membina rumah bergerak di tanah milik rakyat Palestin di bandar Deir Istiya di barat Salfit, Tebing Barat dan menghalau para petani dari menduduki tanah mereka di bahagian bandar. Zeidan menyatakan lagi bahawa kawasan itu diancam penyitaan yang memihak kepada penempatan haram Israel.
Peneroka haram membakar puluhan pokok zaitun di bandar Burin, selatan Nablus, menurut Ghassan Daghlas, pegawai yang bertanggungjawab terhadap fail penempatan di utara Tebing Barat.

Beliau menjelaskan bahawa serangan ini terjadi selepas penghapusan khemah yang baru didirikan oleh peneroka haram di daerah itu dengan tujuan untuk merampas tanah tersebut sambil menambahkan bahawa ini bukan pertama kalinya khemah peneroka dihapuskan, dan setiap kali peneroka melakukan serangan balas dengan membakar pokok dan ini dapat diperhatikan jumlah pokok yang terbakar di kawasan itu telah mencapai sekitar 600 pokok.

Related