Dalam satu kenyataan ringkas, Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan bahawa seramai 41 rakyat Palestin cedera akibat serangan yang dilakukan tentera Israel dan di antara mereka adalah terdiri daripada 22 orang kanak-kanak, 2 berada dalam keadaan kritikal (budak lelaki berusia 13 tahun dengan peluru di kepalanya).
Kementerian itu turut menyebut bahawa 27 kes adalah kecederaan di tangan atau kaki, 2 di bahagian atas, 2 di perut dan belakang badan, 4 di kepala dan leher dan 6 di lain-lain bahagian badan.
IOF juga melepaskan gas pemedih mata ke arah pemuda Palestin berhampiran pagar keselamatan di timur Gaza. Para pemuda Palestin itu keluar untuk memperingati peristiwa “Pembakaran Al-Aqsa.”
Parti-parti Palestin di Gaza telah meminta orang ramai untuk menyertai dalam kempen yang disebut “Pedang Baitulmaqdis Belum Dimasukkan Ke Dalam Sarungnya" di mana ribuan rakyat Gaza telah ikut serta.