Senarai Arab Bersama di Parlimen Israel (Knesset) mengirim surat kepada Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay bagi meneliti rancangan penjajahan Israel di Masjid Al-Ibrahimi.
Wakil bersama menuntut untuk campur tangan dalam semua yang terjadi di kota Hebron, bermula dari penganiayaan terhadap rakyat Palestin setiap hari oleh peneroka Israel dan tentera penjajah.
Wakil yang mengambil bahagian dalam surat itu menunjukkan bahawa "rancangan Israel adalah haram dan bertujuan untuk membangunkan lebih banyak penempatan haram di Bandar Lama dan ‘penyahudian’ tempat itu terang-terangan melanggar semua perjanjian dan undang-undang antarabangsa."