Home Berita Post View

Berpuluh-puluh Cedera dan Berlaku Penangkapan di Tebing Barat

Aug 21, 2021 09:15 am
Puluhan rakyat Palestin ditembak dan sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata dalam pertempuran dengan tentera Israel di kawasan Tebing Barat yang diduduki.
Pengarah ambulans dan kecemasan Bulan Sabit Merah di Nablus, Ahmed Jibril melaporkan kepada agensi berita Wafa mengatakan bahawa seorang rakyat Palestin terkena tembakan di paha manakala 12 yang lain cedera akibat peluru logam dan 91 lagi sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata.
Seorang rakyat Palestin juga cedera akibat terkena peluru logam sementara 13 yang lain sesak nafas semasa pertempuran di Beit Dajan, timur Nablus, mengecam penempatan haram yang dibina di tanah kampung tersebut.
Dan di Qalqilya, puluhan rakyat Palestin sesak nafas ketika pasukan penjajah Israel menyerang perarakan anti-penempatan haram mingguan di kampung Kafr Qaddoum.
Pasukan penjajah Israel menahan tiga aktivis warganegara asing setelah mereka melakukan protes terhadap pengembangan penempatan haram dan serangan berulang oleh peneroka Israel di Masafer Yatta, selatan Hebron. 
Penyelaras jawatankuasa popular yang menentang tembok dan penempatan di timur Yatta dan selatan Hebron, Ratib al-Jabbu, menyatakan bahawa tentera penjajah menembak gas pemedih mata dan bom bunyi ke arah aktivis warganegara asing yang menyebabkan puluhan sesak nafas dan kawasan pertanian yang luas terbakar.

Related