Sebuah laman web Israel, Walla mengatakan bahawa peneroka Yahudi telah menikam seorang pemuda Palestin berusia 20-an di kota Baitulmaqdis. Laman web itu menambah bahawa pemuda itu ditikam beberapa kali oleh sekumpulan orang Yahudi yang menyebabkan beliau cedera parah.

