Home Berita Post View

Memindahkan Pemberian Qatar ke Gaza Tidak Lama Lagi.

Aug 20, 2021 12:56 am
Saluran "Kan" Israel memetik penyataan seorang pegawai keselamatan Israel mengatakan bahawa perjanjian mengenai mekanisme untuk memindahkan pemberian Qatar ke Gaza diharapkan akan dimuktamadkan dalam beberapa hari lagi.

 
Pegawai Israel itu menambah bahawa pemindahan fail geran Qatar ke Gaza masih belum selesai dan jika itu berlaku, ia akan meredakan ketegangan di Semenanjung Gaza.

 
Sumber diplomatik peringkat tertinggi telah memaklumkan kepada agensi berita "Sawa" bahawa Qatar dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mencapai kesepakatan mengenai pengeluaran dana Qatar kepada keluarga yang memerlukan di Semenanjung Gaza.

 
Israel menolak untuk membekalkan pemberian Qatar dengan mekanisme yang diadaptasi sejak September 2018 menerusi portfolio melalui persimpangan Beit Hanoun dan menegaskan untuk mencari mekanisme baru bagi pengeluaran dana, baik melalui pihak kerajaan Palestin atau pun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan mendakwa mereka mahukan jaminan bahawa dana tersebut tidak akan sampai ke tangan Hamas.

Related