Home Berita Post View

Penjajah Israel Menahan 3 Rakyat Palestin di Tebing Barat

Aug 18, 2021 12:22 am

Pasukan tentera Israel menahan 3 rakyat Palestin di kawasan berasingan di tebing barat. Di kota Ramallah, seorang pemuda ditahan berdekatan penempatan Benyamin  kerana disyaki melakukan operasi ketenteraan.

Saluran 7 Israel melaporkan bahawa tentera penjajah Israel menahan seorang pemuda Palestin yang menyamar sebagai askar Israel berhampiran penempatan ketika dalam perjalanan untuk melakukan operasi. Di kota Jenin,pasukan penjajah Israel menahan seorang pemuda dari kota Kafr Raa’ie ketika pemuda tersebut melewati pusat pemeriksaan tentera.

Pasukan penjajah Israel di selatan Nablus menahan seorang pemuda Palestin dan membawanya ke tempat yang tidak diketahui

Related