Home Berita Post View

Kemersosotan Keadaan Kesihatan Tahanan Nasser Al-Shawish

Aug 16, 2021 02:46 am

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan mengumumkan dalam suatu kenyataan menyatakan bahawa tahanan Nasser Al-Shawish di pindahkan dari Penjara Jalbou’ ke hospital setelah mengalami strok dan kesihatannya merosot.

Suruhanjaya itu menyalahkan pihak Penjara Israel dan meletakkan sepenuhunya tanggungjawab ke atas pihak penjara Israel atas kemerosotan kesihatan Nasser.

Suruhanjaya itu juga meminta agar peguam Nasser dibenarkan bertemu tahanan itu untuk mengetahui keadaan sebenar.

Suruhanjaya menerangkan lagi bahawa sekumpulan peguam dan beberapa unit telah digerakkan untuk mengetahui keberadaan sebenar tahanan itu setelah dipindahkan. Usaha keras sedang dijalankan bagi memastikan usaha ini berhasil. Tahanan Nasser A1-Shawish ditahan pada 2/6/2002 dan pihak mahkamah Israel menjatuhkan hukuman penjara semur hidup sebanyak 4 kali terhadap beliau.

Related