Home Berita Post View

Serbuan dan Penahanan di barat Jenin

Aug 05, 2021 09:15 am

Pihak Israel menyerbu bandar Al-Yamoun, barat Jenin dan menahan dua orang pemuda selepas menggeledah kediaman mereka yang membawa kepada pergelutan di antara pemuda Palestin dan tentera Israel.

Pihak Israel turut menahan dua orang kanak-kanak ketika mereka berada di kawasan pintu Bab Al-Amoud di Baitulmaqdis.

Bandar dan kejiranan Baitulmaqdis menjadi saksi penahanan harian rakyat Palestin dalam usaha penjajah untuk mempengaruhi interaksi penduduk Baitulmaqdis dengan serangan dan jenayah harian yang berlaku di bandar Baitulmaqdis.

Related