Home Artikel Post View

Mesir: Satu Dekad Selepas Revolusi

Jul 06, 2021 02:14 am

Naeem Ashraf Mushtaha

 

Setelah tiga dekad pemerintahan Almarhum Presiden Husni Mubarak, rakyat Mesir telah bangun memberontak menentang regim tersebut. Para rakyat memberontak sebagai tindak balas terhadap kebebasan mereka yang dirampas, dihalang untuk membuat liputan mengenai peristiwa yang berlaku di Mesir dan terhadap kadar pengangguran yang tinggi (yang telah mencapai 29% menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa melalui Program Pembangunan UN).

   Para pemuda Mesir dipenuhi dengan rasa kecewa dan bergelut untuk melepaskan diri daripada penindasan tersebut. Revolusi tersebut telah berjaya menjatuhkan Presiden Mesir dan Omar Suleiman sebagai Naib Presiden telah mengisytiharkan peletakan jawatan Presiden Mubarak pada bulan Februari 2011. Majilis peralihan kemudiannya mengambil alih kuasa tersebut sehingga Dr. Mohammed Morsi, wakil daripada Parti Kebebasan dan Keadilan, memenangi pilihan raya dan menjadi presiden.

Untuk membuktikan bahawa orang Islam tidak berupaya untuk memerintah, pada tahun 2012, terdapat beberapa kuasa dalaman dan luaran telah mengikut beberapa kaedah untuk meningkatkan kadar pengangguran. Ianya mencapai 35%. Walau bagaimanapun, kadar pengangguran meningkat kepada 38% pada tahun 2018. 

Salah satu kaedah yang telah digunakan oleh kuasa tersebut adalah mencipta krisis bahan api di kalangan rakyat Mesir. Para penunjuk perasaan kemudian mula membuat demonstrasi menentang kenaikan harga dan gangguan bekalan elektrik. Sebanyak 5821 demonstrasi (dengan purata 485 demonstrasi setiap bulan) dan 7709 tunjuk perasaan (dengan purata 557 tunjuk perasaan setiap bulan) telah dijalankan yang menyebabkan perbalahan di antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan. Rakyat telah dipanggil untuk membuat demonstrasi dalam jumlah jutaan sebanyak 24 kali (iaitu dua kali sebulan). Walau bagaimanapun, jumlah penunjuk perasaan yang berarak tidak mencapai jutaan. Kadang kala, jumlahnya mencecah beberapa ribu mengikut statistik oleh Pusat Pengajian dan Perundingan Al-Zaytouna.

Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi menghentikan semua demonstrasi untuk mewujudkan undang-undang rasmi di dalam lingkungan institusi-institusi negeri yang memerintahkan penangkapan penunjuk perasaan tanpa izin yang membuat demonstrasi menentang dasar kerajaan. Jumlah orang yang ditahan menentang rampasan kuasa tentera Mesir mencecah 40,000 orang termasuk mereka yang telah disingkirkan. Kadar kebebasan bersuara dan kepercayaan serta pluralisme politik adalah 35% pada tahun 2011, 41% pada tahun 2021 dan 21% pada tahun 2019, menurut indeks “Freedom House” yang mempunyai kadar untuk penanda seperti proses pemilihan, pluralisme politik serta kebebasan bersuara dan kepercayaan.

Pada tahun 2011, dua wartawan telah berada dalam tahanan menurut Jawatankuasa Perlindungan Wartawan di Timur Tengah dan Afrika Utara. Presiden Mesir yang terpilih iaitu Mohammed Morsi, bagaimanapun, membuat perubahan yang besar dengan menamatkan penahanan para wartawan sehingga tidak ada wartawan yang dipenjarakan pada tahun 2012. Walau bagaimanapun, sejumlah 29 wartawan telah dipenjarakan pada tahun 2019 dan angka itu adalah amat membimbangkan.

  Semasa rampasan kuasa di Mesir, dollar Amerika Syarikat ke paun Mesir mencecah 7.7 paun di pasaran gelap. Walau bagaimanapun, kadar rasmi adalah 7.05 paun. Pada tahun 2016, paun Mesir mencecah 8.8 kepada dollar Amerika Syarikat, tetapi di pasaran gelap, ia mencecah 10.7 paun.

Semasa pemerintahan Morsi, kadar ladang gandum adalah 3.5 juta ekar tetapi ianya menurun kepada 2.5 juta ekar semasa pemerintahan El-Sisi pada tahun 2016. Pada tahun 2017, Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi telah mengumumkan pelancaran proses komprehensif di bandar Mesir Rafah, berhampiran dengan Jalur Gaza dari selatan, sebagai tindakan awal untuk memotong bekalan ketenteraan kepada organisasi bersenjata Palestin di Jalur Gaza; mengakibatkan kelemahan ekonomi Mesir dan memusnahkan kekayaan hasil dari pertanian.

 

Polisi Mesir terhadap Palestin

Pada tahun 2021, polisi Mesir terhadap isu Palestin tidak akan banyak berubah. Badan perisikan Mesir akan terus menjadi pengantara antara rakyat Palestin dan para penduduk untuk mengelakkan konfrontasi ketenteraan secara besar-besaran. Walau bagaimanapun, tentera Mesir akan menubuhkan benteng di sepanjang bandar Rafah Mesir untuk menghalang kemasukan bantuan dan bekalan ketenteraan ke Jalur Gaza.

 Selain itu, perisikan Mesir akan bertindak untuk menyatukan gerakan Fatah dengan memperbaiki hubungan di antara Mahmoud Abbas dan Mohammad Dahlan agar dapat mewujudkan persaingan sebenar dalam pilihan raya Palestin. Kerajaan Mesir telah enggan untuk membuka lintasan Rafah sekiranya keadaan epidemiologi di Jalur Gaza berlanjutan.

Related