Home Artikel Post View

Dari Balfour sehingga Trump: Penuntutan Hak Rakyat Palestin

Jul 06, 2021 02:11 am

Naeem Mushtaha

Dari sejarah Palestin khususnya al-Quds, pihak Barat bercita-cita untuk menakluk Palestin sejak berabad dahulu terutamanya kerana status sucinya yang terkandung dalam kitab suci selain daripada lokasi yang strategik serta angkatan tenteranya. Melihat kepada sejarah pada zaman Parsi dan Rom, mereka memerangi umat Islam dan kuasa lain dengan niat untuk mengawal pihak musuh. Di samping itu, pihak tentera salib melancarkan perang salib untuk menguasai al-Quds.

Al-Quds terus menjadi sasaran pihak Barat sehingga Kerajaan Uthmaniyyah menjadi rapuh semasa kumunculan Gerakan Zionis untuk mewujudkan ‘rumah kebangsaan’ bagi orang-orang Yahudi di Palestin. Theodor Herzl, Ketua Gerakan Zionisme, mencadangkan untuk memberi sejumlah besar wang dalam usahanya untuk mendapat sokongan Sultan Abdul Hamid Al-Thani. Walaupun Sultan memerlukan sejumlah wang untuk menyelamatkan negaranya dari sejumlah besar hutang, beliau menolak cadangan tersebut. Oleh itu, Herzl tidak mempunyai pilihan lain selain dan beralih ke negara-negara Barat yang hebat untuk mencapai impiannya. Herzl beralih ke Jerman dan Britain.

Gerakan Zionis menggunakan polisi yang bijak yang tidak meilbatkan pembunuhan dan pertumpahan darah. Mereka mula menawarkan wang Yahudi untuk membiayai perbelanjaan Perang Dunia Pertama. Di samping itu, orang Yahudi bekerjasama dengan pihak British semasa penjajahan di Palestin, dan Pihak Sekutu semasa Perang Dunia Pertama.

 

 

 

 

 

Pada ketika itu, Menteri Luar Negeri British mengeluarkan Deklarasi yang terkenal pada 2 November 1917 sebelum penguasaan Britain ke atas Palestin yang mengakibatkan tentera Uthmaniyyah berundur dari al-Quds. Kemudian, pihak Zionis memulakan operasi pembunuhan dan pertumpahan darah ke atas rakyat Palestin. Mereka memulakan dasar baru ini dan ia masih diamalkan hingga ke hari ini; mereka berniat menjalankan “Judaization” ke atas al-Quds untuk penubuhan “Haykal” seiring dengan kerja penggalian di bawah Masjid Alaqsa.

Deklarasi sedemikian menggambarkan keagkuhan dan ketidakadilan Britain kerana memberikan tanah yang bukan miliknya kepada pihak yang tidak layak. Deklarasi tersebut telah digunapakai sejak sedekad yang lalu, dan baru-baru ini pihak Amerika mengisytiharkan al-Quds sebagai ibu kota penjajahan Israel.

Presiden Amerika memilih tarikh yang sangat sensitif untuk mengisytiharkan al-Quds sebagai ibu kota penjajahan Israel. Pada 6/12/2017, iaitu pada Intifada Palestin Pertama yang berlaku pada tahun 1987, Trump mengisytiharkan al-Quds sebagai Ibu Kota penjajahan; kenyataan ini mencerminkan niat utama pihak Barat untuk terus menyebar tumor iaitu penjajahan di negara ini dan mengabaikan hak rakyat Palestin

Dalam keadaan rakyat Palestin yang megalami penderitaan yang berlanjutan, mereka memutuskan untuk tidak terus hidup sebagai pelarian selamanya. Pemuda Palestin pada masa kini lebih kuat daripada pemuda semasa berlakunya penjajahan di negara mereka. Mereka sekarang lebih tabah, berani, dan bertekad untuk membebaskan tanah mereka. Bukti nyata dapat terkini dapat dilihat dalam laporan Israel mengenai fakta penentangan di Palestin yang mempunyai drone yang terbang sehingga ketinggian 12,000 kaki.

Penjajah silap apabila mereka menyangka anak-anak muda akan lupa setelah kematian orang-orang terdahulu. Kebanyakan ahli-ahli The Great March of Return terdiri daripada para pemuda. Gerakan ini menunjukkan kesungguhan rakyat Palestin untuk mengembalikan hak mereka tanpa mengira usaha dan kekerasan yang dilakukan oleh pihak penjajah Israel.

Related