Home Artikel Post View

Normalisasi Israel-Maghribi

Jul 06, 2021 01:39 am
Gambar asal diambil daripada laman web Berita Harian

Naeem Ashraf Mushtaha

Normalisasi Arab-Israel bergerak maju dengan pantas. Sebaik sahaja UAE menandatangani perjanjian normalisasi dengan pihak pendudukan, langkah tersebut telah diikuti oleh Bahrain serta Sudan dibawah pemerintahan Abdel Fattah Al-Burhan. Sudan bersetuju dengan normalisasi tersebut dengan syarat ia dikeluarkan daripada senarai pengganas dan mengancam akan membatalkan perjanjian tersebut sekiranya AS menolak.

Perjanjian ini merupakan sebahagian dari pelan perjanjian baharu untuk Timur Tengah yang dikenali oleh Trump sebagai “Perjanjian Abad Ini”. Terdapat berita yang menyatakan bahawa Maghribi akan menyertai perlumbaan nomalisasi ini dan meneruskan hubungan diplomatik dan komunikasi dengan penjajahan Israel. Rancangan utamanya adalah bagi hubungan tersebut disambung secepat mungkin setelah Raja Maghribi Mohammed VI mengumumkan perjanjian yang dibuat dengan Presiden AS Donald Trump. Perjanjian tersebut adalah bagi Amerika Syarikat mengiktiraf Sahara Barat di bawah kedaulatan Maghribi.

Persoalannya: Adakan Joe Biden akan mengekalkan pengiktirafan AS terhadap Sahara Barat di bawah kedaulatan Maghribi sekiranya beliau memegang jawatan sebagai Presiden AS yang baru?

AS masih mengekalkan dasar luarnya berkenaan pendudukan Israel di Palestin sejak 1948. Ini kerana AS berpendapat bahawa Israel mempertahankan kepentingan Timur Tengah dan memegang tanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan menyediakan faktor-faktor penting bagi mengekalkan entiti tersebut sebagai wilayah yang sah dalam kalangan negara-negara Arab. Oleh itu, Biden tidak akan menamatkan perlumbaan normalisasi tersebut dan akan melaksanakan langkah-langkah yang berlainan dengan Trump. Beliau juga tidak akan membatalkan perjanjian AS dengan Maghribi bahkan berunding untuk mendapatkan lebih banyak keistimewaan yang tidak boleh ditolak oleh Maghribi.

Permulaan Kerjasama Perisikan Israel-Maghribi

Kerjasama perisikan dan diplomatik antara pendudukan Israel dan Maghribi telah bermula sejak 1963 apabila Raja Al-Hassan II menghantar surat kepada Isser Harel dan menyatakan kegusaran beliau terhadap rancangan bekas Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser untuk membunuh beliau. Ini merupakan titik bermulanya perhubungan antara kedua entiti dimana Mossad telah menghantar anggotanya yang memiliki passport palsu ke Maghribi dan disambut oleh Mohamed Oufkir (atau Oufkir), yang merupakan Menteri Dasar Luar Negara ketika itu.

Mereka bersetuju untuk mewujudkan hubungan yang akrab antara perisikan Mossad dan Maghribi serta menubuhkan sebuah pejabat perhubungan yang tetap. Dalam perjanjian tersebut, Mossad bersetuju untuk melatih agen-agen perisikan Magribi manakala Maghribi akan memberi perlindungan kepada agen-agen Mossad di seluruh dunia. Mereka juga bersetuju untuk menubuhkan sebuah badan yang mengumpul maklumat risikan serta unit khas Mossad bagi melindungi Raja – menjadikan Maghribi sebagai sekutu Mossad yang pertama dalam kalangan negara-negara Arab.

Mossad telah melaksanakan operasi pembunuhan bersama Perisikan Maghribi pada 1965. Mereka berjaya menangkap musuh Raja Maghribi pada ketika itu, Mehdi Ben Baraka, yang kemudiannya dijatuhkan hukuman mati tanpa hadir (death in abstentia) dan dibunuh oleh perisik Maghribi di Paris. Ini memberi provokasi kepada Presiden Perancis Charles de Gaulle dan bekas Pengarah Mossad Isser Harel, yang kemudiannya meletak jawatan selepas insiden tersebut.

Percubaan Keamanan Maghribi Dengan Kumpulan Pendudukan

Maghribi telah cuba untuk mewujudkan hubungan diplomatik degan Timur Tengah pada hujung kurun ke-17. Ini termasuk percubaan untuk menandatangani perjanjian keamanan dengan Mesir dan pendudukan Israel tanpa mengambil kira konflik Palestin-Israel.

Selepas Perjanjian Oslo pada kurun ke 19, Maghribi dan kumpulan pendudukan telah menjalinkan hubungan yang membawa kepada penubuhan pejabat utusan diplomatik di Rabat dan Tel Aviv. Ini diikuti oleh lawatan rasmi ke Maghribi oleh pegawai-pegawai rasmi entiti tersebut. Ini termasuk Yitzhak Rabin, bekas Perdana Menteri, dan Shimon Peres, Menteri Luar pada ketika itu; yang melawat Maghribi sebagai tetamu Raja Al-Hassan II. Pada hujung 1995, Shimon Peres, yang merupakan Perdana Menteri ketika itu, telah melawat Kerajaan tersebut sekali lagi.

Penamatan Hubungan

Permulaan abad ke-21 merupakan titik berakhirnya hubungan diplomatik antara Maghribi dan pendudukan Israel. Ini membawa kepada penutupan pejabat-pejabat diplomatik dan pengisytiharan tamatnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Penyambungan Semula hubungan

Namun begitu, PM Benjamin Netanyahu telah berjumpa dengan Menteri Luar Maghribi, Bourita, selepas Perhimpunan Agung PBB di New York. Ini berikutan pengumuman oleh Presiden Donald Trump untuk mengadakan perjanjian normalisasi antara Maghribi dan kumpulan pendudukan Israel, serta penyambungan semula komunikasi antara kedua negara; sekaligus mengiktiraf kewujudan kumpulan pendudukan di Palestin. Mereka juga bersetuju untuk membuka semula Pejabat Perhubungan Diplomatik yang telah dibuka pada 1994 tetapi kemudiannya ditutup.