Home Artikel Post View

Negara Timur Tengah Setelah Pemerintahan Trump: Manifestasi Undang-Undang Baru

Jul 06, 2021 12:57 am

Mohammed Abu Oun

Sepanjang empat tahun pemerintahan Presiden AS Donald Trump, Timur Tengah telah menyaksikan ketidakstabilan dan pergolakan yang teruk. Presiden Trump mengetuai dasar Amerika dengan provokatif dan tidak stabil tanpa menghiraukan norma diplomatik. Dasar Amerika meninggalkan kesan terutamanya dalam isu-isu berkaitan Palestin dan wilayah Teluk. Isu ini juga memperngaruhi hubungan Amerika dengan negara-negara Teluk Arab dan Iran.

Berkenaan perjuangan Palestin, Pentadbiran Trump telah menggunakan kuasa politik untuk menyekat jalan penyelesaian untuk isu Palestin. Tindakan Presiden Trump menghasilkan situasi de facto sehingga hampir mustahil untuk menyelesaikan konflik. Pertama, pihak pentadbiran mengiktiraf kedaulatan untuk pendudukan di Al-Quds dan Golan dan mengasingkan Pihak Berkuasa Palestin serta menutup pejabatnya di Amerika Syarikat. Ia juga mencadangkan ‘Pelan Damai Amerika’ atau ‘Perjanjian Abad’ yang menjejaskan hak-hak rakyat Palestin.

Trump juga memanipulasi jalur politik Israel untuk melindungi kawalan kanan yang diketuai oleh Benjamin Netanyahu dengan pemberian hadiah atas dasar politik kepada Netanyahu. Ia termasuk perjanjian normalisasi dengan negara-negara Arab atau mengiktiraf hak pendudukan terhadap kedaulatan atas tanah penjajahan.

Dasar yang melulu oleh Trump telah mempengaruhi negara-negara Teluk. Pada permulaannya, Trump mula menunjukkan sokongannya kepada Arab Saudi, UAE, dan Bahrain seperti amalan-amalan yang mengelirukan terhadap negara-negara Teluk termasuk mengemukakan dan memutuskan hubungan antara Yaman dengan Qatar. Pihak pentadbirannya memberi perlindungan politik untuk perbuatan pencabulan kemanusiaan kepada negara-negara ini (seperti Yaman), isu-isu dalaman mengenai hak asasi kemanusiaan, dan pembunuhan wartawan Khashoggi di kedutaan negaranya di Istanbul.

Dasar ini mendorong permusuhan antara wilayah Teluk dengan Iran ketika AS menarik diri dari perjanjian nuklear dan mengenakan sekatan yang lebih ketat terhadap Iran. Dasar oleh Trump mencetuskan ketegangan yang tinggi melalui pembunuhan komander Pasukan Al-Quds, Mejar Jeneral Qassem Soleimani, selain daripada membawa keluar peralatan ketenteraan Amerika ke negara-negara Teluk baru-baru ini termasuk kapal terbang perang dan pelancar bom tangan.

Trump dan dasarnya yang sering berubah di Timur Tengah akan ditulis dalam sejarah sebagai warisan yang pahit dan membebankan pemerintahan Joe Biden, yang mempunyai pemikiran tradisional untuk dasar Amerika, yang mempunyai satu tujuan yang jelas dengan menggunakan pelbagai peralatan dan pendekatan.

Pentadbiran baru yang diketuai oleh Biden telah menunjukkan minat terhadap Timur Tengah. Beliau menganggap Teluk sebagai pusat dan kawasan yang paling berpengaruh kerana ia mempengaruhi kepentingan Amerika dan dijadikan rujukan untuk penyelesaian konflik di wilayah Arab. Iran dianggap sebagai penyokong utama gerakan penentangan di Syria, Lebanon, dan Palestin kerana ia juga dianggap sebagai rujukan untuk penyelesaian konflik Houthi di Yaman. Selain itu, Arab Saudi dan UAE mempunyai pengaruh dan menjadi rujukan untuk penyelesaian konflik dalam sistem anti-revolusi dan rejim autoritarian.

Pada masa yang sama, pentadbiran baru tidak mempedulikan isu Palestin, tetapi ia memainkan peranan politik dalam menjaga keseimbangan antara kedua-dua pihak yang berkonflik. Walaupun pentadbiran Biden menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap pendudukan dan berjanji untuk tidak menarik balik keputusan Trump terhadap kepentingan pendudukan, beliau turut menyokong usaha PBB dalam menjaga orang-orang pelarian. Beliau juga menyambung hubungan dengan PA sebagai wakil rakyat Palestin serta membuka laluan untuk rundingan antara pendudukan dan PA.

Sejak pemerintahan Presiden Bush Jr., pentadbiran Amerika menguruskan konflik di kawasannya dengan pendekatan yang berbeza. Bush Jr. memilih campur tangan secara langsung ketika menguruskan kepentingan Amerika di kawasannya dan melancarkan perang Iraq. Walaubagaimanapun, Obama lebih gemar mengikuti strategi memimpin dari belakang yang mengarah pergerakan pemainnya dan mengaktifkan diplomasi, sekatan, dan insentif. Trump mengikuti dasar yang tidak seimbang dan tidak profesional yang bergantung kepada pengaruh peribadinya dan penasihat-penasihatnya yang diketuai oleh menantunya, Kushner.

Ia dijangkakan Biden akan menggunakan kaedah yang lebih tenang dalam menangani masalah di Timur Tengah untuk mengelak campur tangan secara langsung kecuali masalah rumit dari sisa pentadbiran Trump. Biden akan mengambil jalan yang lebih tenang yang bergantung kepada pengaktifan diplomasi dan sistem insentif dan sekatan. Usaha ini dibuktikan oleh kru yang bekerja dengannya yang pernah bekerja dengan pentadbiran Obama. Kru yang terakhir merupakan perlantikan Brett McGurk sebagai Utusan Timur Tengah.  

Secara keseluruhan, imej Timur Tengah tidak banyak berubah. Namun, peralihan dari pentadbiran Trump ke pemerintahan baru yang diketuai oleh Biden telah memberi keamanan kepada Timur Tengah dan menunjukkan lebih banyak kepatuhan terhadap kaedah politik dan norma diplomatik. Situasi ini berlaku kerana objektif Amerika Syarikat di Timur Tengah adalah untuk memenuhi kepentingan Amerika dahulu dan seterusnya.

Related