Home Artikel Post View

Pendedahan Mengenai Pilihan Raya Israel

Jul 06, 2021 12:14 am
Gambar asal diambil daripada laman web Reuters

Mohamed Abu Oun

Awal minggu ini, pihak penjajah mengumumkan penubuhan kerajaan gabungan antara parti-parti politik Israel. Ia merupakan penubuhan Kerajaan Israel yang ketiga puluh lima. Ia merupakan pemerintahan yang pertama diketuai oleh Benjamin Netanyahu, mewakili pemimpin parti Likud, dan kedua diketuai oleh Benny Gantz, mewakili pemimpin puak Blue and White. Kerajaan ini berjaya setelah 3 percubaan yang gagal dalam pemilihan parlimen tanpa mencapai sebarang pakatan, senarai, atau blok. Sistem politik Israel mengalami kekosongan dan kelumpuhan kekuasaan secara menyeluruh.

Penubuhan kerajaan yang ‘demokratik’ tidak dapat dicapai dan ditanggap tidak mudah di bawah pemerintahan rejim Israel. Ia kemudian menanggap ‘demokrasi’ adalah satu pembohongan semata-mata yang menyembunyikan kebenaran tentang kerapuhan suatu entiti. Sesebuah kerajaan mendedahkan tahap korupsinya dalam entiti pendudukannya serta pemerintahannya yang dikawal oleh ‘satu orang’ yang juga merupakan bekas perdana menteri dan pemimpin Likud semasa iaitu Benjamin Netanyahu.

Semasa pembentukan kerajaan Israel, kerapuhan kepemimpinan pendudukan adalah jelas ketika masyarakat Israel tidak bersetuju dengan satu wakil kepemimpinan yang sama. Walaubagaimanapun, Netanyahu mendapat undian yang tertinggi walaupun sedang menghadapi tuduhan rasuah. Beberapa orang penyelidik dalam hal ehwal Israel menyatakan Netanyahu sebagai ‘raja mewakili semua raja-raja Israel’ dan ‘Israel’ berada di bawah ‘kawalan Netanyahu’.

Penguasaan Netanyahu terserlah dan jelas melalui kerakusan dan tingkah lakunya ketika pilihan raya. Netanyahu berjaya mengelak dari tuduhan pendakwaan dan rasuah serta mengarah struktur dan penubuhan ahli-ahli dari blok kanan atau kiri yang diketuai oleh Gantz.

Netanyahu menggunakan keharmonian yang palsu antara ahli-ahli blok kiri untuk mencetus perbalahan. Dia berjaya mencegah penubuhan kerajaan kiri dengan hasutan perkauman terhadap Senarai Arab yang menyokong golongan kiri. Hal ini menyebabkan masyarakat Israel tidak memilih pemerintahan kiri yang disokong oleh orang Arab. Dia juga berjaya membubarkan parti-parti pembangkang dan koalisi yang bersepakat untuk menjatuhkannya serta memenangi kedudukan dalam pemerintahan yang ke-35.

Netanyahu juga memanipulasi blok kanan dengan memberi janji-janji palsu untuk bekerjasama dalam pemerintahan pada masa hadapan. Dia kemudian berpaling ke parti Yamina yang diketuai Naftali Bennett yang merupakan parti kedua yang terkenal di blok kanan. Dia juga meneutral dan menindas pemimpin penting di Likud seperti Gideon Saar dan Limor Livnat yang kemudiannya tidak dilantik di mana-mana kementerian atau diberi sebarang jawatan menteri.

Struktur dan program pemerintahan ketiga puluh lima telah menunjukkan kerapuhan nilai dan prinsip dalam entiti pendudukan. Parti-parti dan para pemimpin Israel mengubah pendekatan mereka untuk memenuhi kepentingan masing-masing tanpa menghiraukan nilai dan prinsip. Salah satu contoh terbaik adalah perisytiharan golongan kiri untuk tidak mengambil bahagian dalam pemerintahan ‘Netanyahu yang tidak amanah’ yang sebaliknya membantu dan melindunginya dari undang-undang dan sebarang pendakwaan.

Program pilihan raya terkini menunjukkan kecenderungan masyarakat Israel ke arah kepimpinan kanan. Sistem politik yang disokong oleh masyarakatnya menggunakan dasar jenayah dan rasis terhadap masyarakat Palestin dan Arab yang merampas lebih banyak tanah Palestin dan meluaskan penempatan haram. Perlakuan ini melenyapkan suara ‘kiri sebenar’ yang menuntut penyelesaian politik dengan masyarakat Palestin.

Perpecahan politik, parti, dan sosial di antara entiti pendudukan bukan sesuatu yang baru atau terjadi dari kesan darurat. Ia adalah hasil daripada perpecahan dalaman dan kelemahan hubungan masyarakat Israel yang menyebarkan fahaman rasis dan diskriminasi yang berbeza ideologi dan kepercayaan. Allah berfirman di dalam Al-Quran, “Engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka)” [Al-Hashr: 14]. Amin.