Home Artikel Post View

Briged Al-Qassam: Pemacu Kemenangan

Jul 05, 2021 12:15 pm
Gambar asal diambil daripada laman web buletinfm.audio

Naeem Mushtaha

Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas, mengalami kemajuan berterusan sejak penubuhannya pada tahun 1991. Pasukan itu telah melalui beberapa peringkat: bermula hanya dari lemparan batu hingga pelepasan roket yang tepat mengenai sasaran. Namun, apa yang tidak dijangka oleh penganalisis politik dan ketenteraan ialah peralihannya daripada ‘pertempuran berpasukan’ ke organisasi keselamatan dan ketenteraan yang berfungsi di semua peringkat.

Briged Al-Qassam terus mengecapi kemajuan yang melambangkan kejayaan projek penentangan ketenteraannya. Pasukan itu juga meneroka kaedah berbeza bagi mengatasi langkah pendudukan pihak Israel yang bertujuan mengekang kekuatan serangannya. Bagi meminimakan keupayaan briged tersebut, pendudukan Israel telah mencetuskan tiga konfrontasi ketenteraan, mengenakan sekatan yang menyesakkan selama 14 tahun, dan menimbulkan beberapa siri pergeseran yang bertujuan memusnahkan pasukan tentera Palestin. Pendudukan Israel turut menggunakan kaedah alternatif seperti menawarkan usul di peringkat antarabangsa; yang terbaru adalah meluluskan $15 bilion dolar bagi pembangunan sebuah pelabuhan dan lapangan terbang di Gaza dengan syarat pihak Hamas meletak senjata. Penasihat Kanan Presiden Amerika Syarikat, Jared Kushner, mencadangkan suatu mesyuarat rundingan di bandar pilihan puak Hamas.

Program ‘Keunggulan Yang Tersembunyi’ mendedahkan kehebatan struktur organisasi Al-Qassam. Kumpulan ini bukan lagi suatu pasukan ketenteraan tanpa lengkap bersenjata mahupun tanpa kekuatan roket yang dikekang oleh pembukaan atau penutupan sempadan dan kemasukan bahan keperluan bagi pembuatan roket dan peluru berpandu. Bahkan, kekuatan tentera laut Al-Qassam telah berubah dengan peredaran masa. Pasukan ini telah menyelinap masuk ke petempatan Gush Katif melalui jalan laut pada 25 Mac 2004 bagi menawan penduduk dan askar. Mereka telah mengubah pelan dan strategi serta memperbaikinya berdasarkan faktor yang mempengaruhi medan tersebut.

Episod terkini (Persepakatan dan Senjata) dalam program tersebut mempamerkan penambahbaikan ketara dalam potensi pasukan tentera laut Al-Qassam. Unit tersebut telah menemui satu kapal perang British Perang Dunia Pertama dipenuhi dengan peluru dan peralatan ketenteraan yang dikitar semula sebagai kepala peledak bagi roket Sejjil. Namun, mereka tidak menyedari kewujudan satu lagi kapal perang di dasar laut terletak agak jauh dari tempat pertama tadi. Dengan petunjuk Allah, pucuk pimpinan telah merujuk buku-buku sejarah Gaza dan menemukan kapal terbabit. Keupayaan tentera laut Al-Qassam dalam mendapatkan peralatan dan peluru tersebut menggambarkan bagaimana kehendak seseorang berupaya mengatasi segala rintangan yang menghalang perolehan bahan berkenaan. Menurut pakar ketenteraan yang ditemu bual, usaha mendapatkan peralatan terbabit secara berasingan adalah amat mustahil, namun Briged itu mampu melaksanakannya.

Perkara di atas membuktikan bahawa Briged Al-Qassam telah menggunakan dasar organisasi antarabangsa dan menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang penyelidikan saintifik. Mereka telah menubuhkan pusat-pusat pengajian sejarah, politik dan ketenteraan bagi membolehkan mereka belajar cara pemikiran dan strategi pihak lawan. Sehubungan itu, Briged Al-Qassam mempunyai dua peranan serentak: kekuatan ketenteraan dan pasukan penyelidikan saintifik. Inilah yang dilakukan oleh Agensi Yahudi di Palestin dalam tahun 1930. Agensi tersebut membangunkan satu pusat pengajian yang mengkaji tokoh-tokoh Arab berpengaruh dan sejarah bandar-bandar sasaran rejim Zionis, di samping menyediakan perspektif masa hadapan buat mereka.

Sesungguhnya, adalah sukar untuk mengitar semula roket dan peluru lama, yang dianggap sebagai tinggalan perang oleh masyarakat dunia bagi pembuatan pelbagai roket tempatan. Keadaan ini memerlukan kebijaksanaan, merangkumi aspek ketenteraan dan kejuruteraan, bagi mendapatkan bahan letupan dan merungkai peranti pencetusan secara berasingan.

Melalui kerjasama briged-briged tersebut, mereka telah berjaya menghasilkan beratus-ratus roket; memecahkan rekod dengan pelancaran sebanyak 78 roket serentak dalam masa satu minit. Ketegangan pada bulan Mei 2019 itu menunjukkan kemampuan teknologi pihak penentang. Peristiwa itu juga mengesahkan rahsia yang akan terbongkar dalam pertempuran yang seterusnya. Ketua Biro Politik Hamas, Ismael Haniya, menegaskan bahawa Gerakan tersebut tidak mahu peperangan, namun mereka tidak gentar untuk menghadapinya. Beliau juga mengatakan bahawa pertempuran yang akan datang bakal mencetuskan kekagetan.

Di sebalik sekatan mendesak yang dikenakan ke atas mereka, kejayaan Briged Hamas menguasai paip air yang dibina oleh pendudukan Israel bagi mencuri air bawah tanah di Gaza menggambarkan suatu struktur keselamatan dan ketenteraan yang mampu mengakses maklumat yang disembunyikan di sana. Ternyata pendudukan Israel gagal menyekat cerdik pandai yang mengendalikan konflik keselamatan-tentera yang menentangnya.

Matlamat pendudukan Israel memutuskan hubungan dan meluaskan lingkungan pemulihan semula dengan dunia Arab bagi menghalang sumber bekalan puak penentang sedikit sebanyak mempengaruhi aktiviti kumpulan tersebut. Walau bagaimanapun, keadaan itu bukanlah seperti yang diharapkan oleh pihak Israel dan pengikutnya. Konflik yang bukan lagi berasaskan penggunaan senjata, kini telah berkembang menjadi konflik bijak pandai yang tidak akan dimenangi oleh pihak lawan. Bagi setiap jalan yang terhalang, jalan lain akan terbentang.

Bekas Pengarah Shabak, Ami Ayalon, mengatakan bahawa dua operasi ketenteraan darat yang bertujuan melumpuhkan pihak Al-Qassam menemui kegagalan. Ini menunjukkan kelemahan struktur ketenteraan dan keselamatan Israel dalam menembusi struktur pertahanan pihak Hamas. Menurut beliau, Hamas bukan hanya suatu organisasi ‘pengganas’, pertubuhan itu adalah suatu pegangan.  

Pengakuan Ayalon berkenaan asas pegangan Hamas memberi suatu tanggapan sukar yang menjelaskan skala kekuatan antara Palestin dan Israel. Hal ini jelas terlihat pada pegangan yang semakin lemah dan merudum di kalangan tentera Israel manakala asas pegangan Islam semakin kental di kalangan tentera Hamas. Pendudukan Israel berusaha menanamkan tanggapan sebaliknya dalam pemikiran bangsa Arab pada umumnya dan rakat Palestin khususnya, terutama selepas tahun 1948. Misi tersebut membuahkan hasil sewaktu pendudukan Israel dalam tahun 1967 tetapi kemudiannya berubah pada 10 Ramadan (Oktober) 1974. Misi tersebut yang dilancarkan semula selepas perang ternyata gagal di tangan tentera Al-Qassam dalam konfrontasi ketenteraan.

Program ‘Keunggulan Yang Tersembunyi’ mendedahkan perkembangan dalam hubungan Iran-Hamas, yang sentiasa ditekan oleh pendudukan Israel. Kenyataan Ismael Haniya merujuk kepada peranan Syria dalam menyokong tentera Hamas merupakan bukti sejarah sokongan Syria dan Sudan terhadap puak penentang. Struktur politik, ketenteraan dan keselamatan Hamas dalam pengurusan fasa yang merangkumi kesemua kaedah dan cara, menggerunkan Israel. Pesaing pihak pendudukan itu tidak perlu lagi ke luar negara untuk mempelajari cara membina roket khususnya, dan menambah baik struktur ketenteraan dan keselamatan amnya kerana mereka telah pun membangunkan pembuatan secara tempatan.

Akhir sekali, saya fikir kemampuan Al-Qassam melaksanakan kesemua hal-hal yang disebutkan di atas adalah sukar, namun mereka mampu menanganinya. Al-Qassam tidak akan tersasar dari matlamat asalnya. Konflik ini akan berterusan sehingga Palestin dibebaskan, dan pihak pendudukan tidak akan mencapai cita-citanya. Malahan, perkembangan pesat kumpulan Al-Qassam dan taktiknya hanya menunjukkan kedatangan pengakhiran projek Zionis itu.