Home Berita Post View

AS Lepaskan Sebahagian Penghantaran Bom Yang Tertangguh Kepada Israel

Jun 28, 2024 08:06 am

Berdasarkan sumber daripada pegawai Amerika Syarikat dan Israel, AS sedang bersiap sedia untuk menghantar sebahagian daripada jumlah penghantaran bom kepada Israel yang telah ditangguhkan sebelum ini.

AS dijangka akan menghantar sekitar 1,700 bom dengan berat 500 paun daripada penghantaran yang telah ditangguhkan sejak Mei lalu.

Penghantaran tersebut akan dilancarkan apabila operasi Israel di Rafah berakhir kira-kira dua minggu lagi, menurut laporan laman berita tersebut.

Pegawai AS dan Israel juga berkata bahawa pentadbiran Biden masih mengkaji untuk menghantarkan 1,800 bom seberat 2,000 paun.

Isu penghantaran yang tertangguh telah dibincangkan minggu ini semasa lawatan Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant ke Washington, menurut seorang pegawai AS kepada agensi berita Reuters.

Penyelesaian yang dicapai adalah dengan memisahkan bom seberat 500 paun daripada baki penghantaran yang termasuk bom seberat 2,000 paun yang masih ditangguhkan, lapor Axios09:37 AM

Related