Home Berita Post View

Ribuan Penduduk Tebing Barat Tunaikan Haji, Namun Tidak Penduduk Gaza

Jun 14, 2024 11:27 am

Pihak Berkuasa Palestin (PA) berkata seramai 4,200 jemaah dari Tebing Barat yang terjajah telah tiba di Mekah bagi menunaikan haji pada tahun ini.

Bagaimanapun, jemaah haji dari Gaza pula tidak dapat melakukan perjalanan ke Mekah kerana pengambilalihan dan penutupan sempadan Rafah-Mesir oleh rejim Israel sejak Mei.

Sementara itu, pihak berkuasa Arab Saudi memberitahu bahawa kira-kira 1,000 orang jemaah haji Palestin daripada keluarga yang terkorban atau cedera dalam perang di Gaza turut tiba atas jemputan haji oleh Raja Salman. Difahamkan kumpulan jemaah hanya itu sudah berada di luar Gaza - majoritinya berada di Mesir - sebelum penutupan sempadan Rafah.

“Kami disekat daripada mengerjakan haji kerana penutupan sempadan. Peperangan dan kemusnahan pula semakin teruk,” jelas Amna Abu Mutlaq, wanita Palestin berusia 75 tahun dari bandar Khan Yunis, selatan Gaza yang telah merancang untuk menunaikan haji pada tahun ini.

“Mereka (Israel) telah merampas segala-galanya daripada kami,” tambahnya lagi.

Related